Resepi Ketuk Ketuk Ramadan Pisang Goreng Keju? suka makan pisang goreng keju tak.. mesti ramai yang suka kan.. kalau boleh lepas balik kerja tu mesti singgah beli. Yang duduk rumah pun akalau boleh setiap petang keluar juga nak beli.
Tapi kali ini kita nak ajar berjimat sikit, maklum la keadaan ekonomi sekarang kan. So berjimat sikit dari rumah, kita buat sendiri, bahan-bahan pun tak mahal sangat dan mudah dapat. Cukup bahan dan cukup sukatan, buat ikut aturan dan paling penting dengan penuh kasih sayang... mesti sedap pisang goreng keju ini. Apa pun jom kita terus ke bahan-bahan utama.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 6 biji pisang ***sebaik-baiknya pisang Abu masak tapi tidak lembik
- 3 sudu besar tepung beras
- 3 sudu besar tepung gandum
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar susuu krimer (susu manis)
- keju cheddar parut
- Minyak untuk goreng tenggelam
- Secubit garam
- Secubit gula
Cara-cara Penyediaan :
- Buang kulit pisang dan belah dua isi pisang. Ketepikan.
- Satukan tepung beras,tepung gandum, gula, garam, air dan esen vanila. Bancuh hingga sebati.
- Masukkan pisang dalam adunan.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Masukkan pisang satu per satu ke dalam minyak. Goreng hingga keemasan dan nampak rangup.
- Keluarkan dari minyak dan toskan atas tisu.
- Letak pisang atas pinggan hidangan, tuangkan susu manis di atas pisang goreng. Akhir sekali taburkan keju parut.
Mudah saja kan? tak perlu bazirkan duit untuk beli, lepas ni anda boleh buat sendiri di rumah. Ingat masak tu dengan penuh kasih sayang, pasti lebih sedap. Selamat mencuba uolsss..!!
EmoticonEmoticon