Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuih. Show all posts

Tuesday, June 13, 2017

Rahsia Resepi Kuih Badak Berendam Yang Enak

Rahsia Resepi Kuih Badak Berendam Yang Enak. Badak berendam memang jadi feveret semua ramai rakyat Malaysia untuk berbuka, rasa yang lemak manis ini dapat kembalikan tenaga kita yang lepas penat seharian berpuasa. Asyik beli je kan, so apa kata kita buat la sendiri.

Bila lagi nak pandai kan kalau kita tak cuba buat sendiri. Bahan bahan jangan risau tak susah pun. memang senang nak dapat, ok kita terus ke bahan bahan utama.

Rahsia Resepi Kuih Badak Berendam Yang Enak

Bahan-bahan yang diperlukan :


[+] ½ bungkus tepung pulut
[+] 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
[+] ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
[+] 3 cawan santan
[+] 1 cawan gula merah
[+] 1 cawan air
[+] 1 sudu teh garam

Cara penyediaan :


[+] Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
[+] Panaskan kukusan.
[+] Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
[+] Bentukkan doh lembut bulat2 dan isi inti di dalamnya.
[+] Sementara itu bancuh santan bersama garam.
[+] Letakan doh berinti di dalam bekas & tuangkan santan di sekelilingnya.
[+] Kemudian kukus hingga masak.
[+] Sejukan.

Selamat mencuba uolsss..!!

Resepi Popiah Pisang Ketuk-Ketuk Ramadan

Resepi Popiah Pisang Ketuk-Ketuk Ramadan, suka makan popiah? popiah goreng popiah basah.. semua bangsa di Malaysia memang suka sangat popiah, tapi biasa makan tak popiah pisang?

Haaa kalau tak pernah meh kali ini kita ajar pula cara buat popiah pisang yang memang sedap dan berjus ini. Jom kita terus ke bahan bahan utama.

Resepi Popiah Pisang Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


[*0*] 6 biji pisang masak ~sesuai untuk menggoreng seperti pisang nangka
[*0*] 6 keping kulit popiah
[*0*] 1 sudu teh serbuk kayu manis
[*0*] 2 sudu madu
[*0*] 1 camca teh tepung jagung dan 1 besar air (bancuh untuk lekatkan kulit) ~bancuhan tepung jagung boleh juga diganti dengan putih telur
[*0*] Minyak masak untuk goreng 

Cara Penyediaan :


[*0*] Buang kulit pisang. Salutkan pisang dengan madu dan serbuk kayu manis.
[*0*] Bungkus pisang dengan kulit popiah dalam sebarang gaya anda mahu. Kemaskan bungkusan dengan pes tepung atau putih telur.
[*0*] Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan kuantiti minyak cukup banyak untuk tenggelamkan pisang.
[*0*] Goreng popiah pisang anggaran selama 5 minit atau sehingga warna coklat keemasan.
[*0*] Angkat & toskan minyak. Siap untuk dihid@ngkan.

Selamat mencuba uolsss..!!

Sunday, June 11, 2017

Rahsia Resepi Kuih Cakoi Yang Lembut Ketuk-Ketuk Ramadan

Rahsia Resepi Kuih Cakoi Yang Lembut Ketuk-Ketuk Ramadan, haa ini memang ramai yang suka makan kan? tapi ramai juga yang kecundang kalau cuba buat cakoi ni, ini memang kuih faveret semua kaum, terutama bangsa cina.

Kalau kita pula suka cicah dnegan kuah kacang ataupun sekaya, memang sedap lah tak hinggat punya, makan panas panas memang sedap sangat. Ok kalau nak buat, ikut step bawah ni betul betul ok.

Rahsia Resepi Kuih Cakoi Yang Lembut Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


[!*!] 400gm tepung gandum
[!*!] 1 cawan air
[!*!] 1 sudu besar marjerin, cairkan
[!*!] 1 sudu teh garam
[!*!] 3 sudu makan gula
[!*!] 2 sudu teh yis kering
[!*!] ½ sudu teh baking soda
[!*!] 1 sudu makan susu pekat manis
[!*!] 1 biji kuning telur
[!*!] Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:


[!*!] Campurkan kesemua bahan kecuali tepung di dalam mangkuk. Gaul sebati.
[!*!] Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.Rehatkan doh selama 1/2 jam dan tutup dengan plastik.
[!*!] Canai doh memanjang lebih kurang 1/2 cm tebal dan 10 cm lebar membentuk empat segi.
[!*!] Potong doh lebih kurang 2 cm. Cantumkan 2 potongan bersama.
[!*!] Goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan.
[!*!] Setelah masak, bolehlah dihidang dengan kuah sambal, kauh kacang atau kaya.

Selamat mencuba..!!

Saturday, June 10, 2017

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan, kali ini kita akan kongsikan resepi yang lain dari lain dan jarang jarang sangat di kongsikan, siapa pernah makan puding emas? ok ini memang special dan menjadi kegemaran kami. Anak anaklah yang paling suka.

Nak buatnya tak susah sangat, tapi plaing penting bahan bahan kena berkualiti, jangan risau tak mahal pun kos. Baiklah kita terus ke bahan bahan utama.

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


##1/2 tahil agar2 (18.9 gram)
##4 biji telur, ambil kuning sahaja
##1 cawan gula
##1/2 cawan gula, hanguskan tanpa air (karamel)
##3 cawan air sejuk


Cara memasaknya :


##Masak agar2 bersama 3 cawan air hingga mendidih.
##Sementara itu, pukul 1 cawan gula bersama telur kuning hingga gula hancur sepenuhnya.
##Angkat agar2 yg telah mendidih dan tapis ke dalam adunan telur tadi.
##Panaskan adunan ke atas api sehingga mendidih.
##Masukkan gula hangus dan kacau perlahan-lahan.
##Angkat dan tuang adunan ke dlm loyang agar-agar.
##Sejukan.

Taadaaa dah siap pun, cantik kan.. nampak berselera.. so apa lagi jom cepat buat. Selamat mencuba uolsss..!!

Friday, June 9, 2017

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017, haa ini pun resepi feveret di waktu musim perayaan kan, tapi tak ramai yang tahu buat, kali ini tak apa kita kongsikan resepi popia nestum ini, mesti buat betul betul untuk bagi sedap taw, ok kita terus ke bahan bahan utama.

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Bahan-bahan yang diperlukan :


[x] 1 bungkus besar popia
[x] Lidi satay utk menggulung
[x] Telur sebagai bahan pelekat
[x] Minyak masak untuk menggoreng
[x] 1/2 cawan horlicks
[x] 1/2 cawan gula - kisar halus
[x] 1 cawan nestum - kisar halus

Cara memasaknya :


[x] Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat sampai habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering & susah dipotong.
[x] Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yg telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
[x] Goreng potongan kulit popia dgn api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
[x] Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dlm bekas kedap udara.

Selamat mencuba uolsss..!! Jangan lupa pada kawan2 tau..!!

Wednesday, June 7, 2017

Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap

Siapa biasa makan cucur jagung? sekali sekala kalau dapat makan memang sedap kan... Tapi biasa kalau yang kat rumah tu buat yang cucur jagung berlemak kan? kali ini kita tukar sikit, letak cili sikit so ada rasa spicy and hot, dah jangan nak bebel lama-lama jom kita teruskan dengan Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap.

Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan :


[==] 2 batang jagung manis – bersihkan
[==] 12 sudu tepung gandum
[==] 1 biji telur
[==] 2 tangkai cili merah – hiris nipis
[==] 2 sudu teh garam
[==] Air secukupnya
[==] Minyak utk menggoreng

Cara memasaknaya :


[==] Kikis isi jagung dengan menggunakan pisau yg tajam dgn berhati2 ke dlm mangkuk.
[==] Masukkan tepung dan hirisan cili ke dlm mangkuk berisi isi jagung. Gaul hingga rata.
[==] Masukan air sedikit demi sedikit sambil dig@ul sehingga adunan menjadi mesra dan tidak terlalu cair.
[==] Masukan telur dan garam. Gaul hingga rata.
[==] Panaskan minyak yg banyak didalam kuali.
[==] Sudukan adunan satu persatu ke dlm kuali dan goreng sehingga kuning keemasan. Balik-balikan cucur supaya masak dengan sempurna.
[==] Setelah masak, angkat dan toskan minyak. Sajikan bersama sos cili kesukaan uollsss.

Dah siap untuk dihidangkan..!! Selamat mencuba uolsss..!!

Tuesday, June 6, 2017

Cara Buat Cucur Badak Ketuk Ketuk Ramadan

Cara Buat Cucur Badak Ketuk Ketuk Ramadan.. kuihh cucur badak siapa yang tak kenal kan?.. kalau tak kenal bukan orang Malaysia la tuh... So jangan kata tak kenal, memang kena marah, dengan rasanya berlemak dan inti kelapa yang pedas berempah, memang sedap sangat.

Ramai yang tahu makan tapi tak tahu buat, so kali ini kita kongsikan resepi cucur badak ketuk ketuk ramadan. Jangan buang masa jom kita terus ke bahan bahan utama.

Cara Buat Cucur Badak Ketuk Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


Bahan-bahan untuk inti :

[*#*]  ½ biji kelapa parut
[*#*]  100 gram udang kering (rendam dan kisar)
[*#*]  1 ulas bawang putih
[*#*]  3 biji bawang merah
[*#*]  7 tangkai lada merah
[*#*]  1 cm halia
[*#*]  1 batang serai
[*#*]  1 sudu teh serbuk kunyit
[*#*]  2 sudu makan gula
[*#*]   ½ sudu teh garam
[*#*]  2 sudu makan minyak masak


[no 3-10 - satukan & kisar bersama 1/4 cawan air]


Bahan-bahan untuk doh :

[*#*]  250gram keledek [rebus dan lenyek]
[*#*]  3 ½ sudu makan tepung gandum
[*#*]  ½ sudu teh garam
[*#*]  ½ - 1kg minyak masak

Cara-cara untuk menyediakan inti :

[*#*]  Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Masak hingga menggelegak
[*#*]  Masukkan kelapa. Kacau smpai rata. Tutup api & ketepikan.

Cara-cara untuk buat kuih :

[*#*]  Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
[*#*]  Ambil sedikit doh & bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
[*#*]  Sementara itu panaskan minyak di dlm kuali.
[*#*]  Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Ok dah siap pun, sangat mudah kan.. lepas ni buat sendiri rasakan air tangan sendiri... mesti sedap kan. Selamat mencuba.