Sunday, May 7, 2017

Resepi Daging Goreng Daun Bawang Ketuk Ketuk Ramadan

Resepi Daging Goreng Daun Bawang Ketuk Ketuk Ramadan ini memang sedap dan simple, dan pasti akan menjadi kegemaran anda semua di rumah. Memang banyak resepi daging, tapi banyak berasakan kuah dan gulai dan rendang.

Resepi Daging Goreng Daun Bawang Ketuk Ketuk Ramadan

Tapi kali ini kita lebih pada simple sahaja dengan mengoreng daging, biasa resepi daging goreng kunyit kan? so kali ini kita tunjukkan resepi daging goreng daun bawang, memang sedap sangat, suami mesti suka.

Tanpa melengahkan masa jom kita terus ke bahan-bahan utama resepi daging goreng daun bawang ketuk ketuk ramadan 2017.

Bahan-bahan yang diperlukan:


  1. 325 gm daging steak
  2. 1 sudu teh garam
  3. 2 sudu teh kicap cair
  4. Serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
  5. 1 sudu makan tepung ubi
  6. ¼ sudu teh soda bikarbonat 
  7. 8 cm halia muda – hiris nipis
  8. 5 batang daun bawang – potong 4 cm panjang
  9. 1 biji telur
  10. 4 sudu makan minyak masak

Cara-cara penyediaan:


  1. Bersihkan daging n potong nipis.
  2. Lumur daging dgn garam, kicap, lada sulah/lada hitam, tepung ubi n soda bikarbonat rata2
  3. Gaul halia dgn secubit garam dan basuh buang garam.
  4. Pukul telur dgn lada sulah/lada hitam dan ½ sudu makan minyak masak.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis halia seminit.
  6. Masukkan daging, daun bawang n 1 cawan air. Tutup kuali dan biarkan masak selama 3 minit. 
  7. Kacau selama beberapa minit. Kecilkan api setelah daging masak (bertukar warna) dan mesra. 
  8. Buat lubang di tengah-tengah, dan masukkan telur di tengh-tengah. Kacau rata. Tutup api setelah telur masak.
Ok dah siap pun resepi daging goreng daun bawang ketuk ketuk ramadan 2017, mudah dan cepat kan? dan yang penting sedap, resepi memikat hati suami dan anak-anak anda. Selamat mencuba.

Kami kongsikan resepi terbaik untuk anda, selamat mencuba


EmoticonEmoticon