Resepi Legend Bubur Merah Putih Ketuk-Ketuk Ramadan. Biasa dengar bubur kacang hijau? bubur nasi la ape la, ok pernah dengar bubur merah putih? tak pernah kan.. so ini resepi kita hari ini. Bubur merah putih ini agak legend juga bagi kami. Dan nak buat pun tak susah sebenarnya, dan paling kami ska bila di hidang tu nampak cantik sangat.
Ok tak mahu cakap banyak, dan ramai yang tak sabar nak tahu bahan bahan dan cara membuat bubur merah putih ini.
Bahan-bahan yang diperlukan : ~ untuk 5-6 orang
[*x*] 300 gm beras /pulut
[*x*] 4 ketul gula Melaka di masak / cairkan kemudian ditapis
[*x*] 200 ml santan kelapa
[*x*] 2 sudu makan gula pasir
[*x*] G@ram secukup rasa
[*x*] 4-5 helai daun pandan
[*x*] Air
Cara-cara membuatnya :
[*x*] Tanak pulut / beras dengan secukup air hingga kembang dan masukkan daun pandan.
[*x*] Masukkan santan kelapa, masak dan kacau sehingga sebati dan asingkan 5 senduk pulut ke dalam mangkuk lain dan tambah garam ke dalamnya.
[*x*] Masukan gula melaka ke dalam bubur yang selebihnya dan kacau sehingga rata, jika kurang manis tambahlah sedikit gula pasir.
[*x*] Jika sudah masak sendukan bubur pulut merah ke dalam mangkuk dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atasnya (tengah-tengah).
[*x*] Siap untuk dihidangkan.
Macam mana hasilnya? cantik dan menyelerakan... Selamat mencuba uolsss..!!
EmoticonEmoticon