Sunday, May 7, 2017

Rahsia Resepi Rendang Tok Yang Sedap

Rahsia Resepi Rendang Tok Yang Sedap yang menjadi warisan temurun menurun keluarga di Perak. Rendang tok memang cukup terkenal di negeri Perak, dan inilah rendang yang menjadi identiti di negeri Perak ini.

Rahsia Resepi Rendang Tok Yang Sedap

Rendang tok bukan sahaja di minati di Perak, tapi juga seluruh Malaysia, ramai yang suka makan tapi tak tahu nak buat dan tak tahu resepi rendang tok ini kan? jadi tanpa melengahkan masa, rahsia resepi rendang tok yang sedap ini kini di bongkarkan.

Jangan tunggu lama-lama, cepat-cepat ambil pen kertas catit rahsia resepi rendang tok ini ataupun save saja link blog ini untuk pelbagai resepi lagi, jom kita terus ke bahan bahan utama.

Bahan-bahan yang diperlukan : 

  • 500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
  • 1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
  • 55 gram (1/2 cawan kerisik)
  • 1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
  • 1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
  • garam & gula

Bahan-bahan ini perlu dikisar halus :

  • 4 sudu besar pes cili
  • 2 biji bawang besar, dikupas
  • 6 ulas bawang merah, dikupas
  • 4 ulas bawang putih, dikupas
  • 3cm halia, dikupas
  • 4 batang serai, dihiris halus2
  • 2cm lengkuas, dikupas

Cara-cara penyediannya :

  • Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dlm kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.
  • Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manis/kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.
  • Masukkan gula dan garam & terus masak sampai daging menjadi agak kering.
Bagaimana? mudah kan nak buat resepi rendang tok ini kan? yang penting cukup bahan dan sukatan mesti jadi punya. Bolehkan di buat makanan tengahari ataupun untuk perayaan atau kenduri kendara nanti. Selamat mencuba.

Kami kongsikan resepi terbaik untuk anda, selamat mencuba


EmoticonEmoticon