Wednesday, April 19, 2017

Cara Membuat Kek Kukus Coklat Yang Sedap Dan Senang

Assalamualaikum... Kita nak share resepi Cara Membuat Kek Kukus Coklat Yang Sedap Dan Senang, uolsss kena cuba, sedap tau, rugi kalau tak cuba. Dan resepinya pun taklah susah sangat, bahan-bahan pun senang dapat, janji buat ikut sukatan betul ok.

So Jom kita mulakan sekarang, baca betul-betul dan ikut taw.

Cara Membuat Kek Kukus Coklat Yang Sedap Dan Senang

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk Kek Coklat Kukus sedap [sukatan mengikut cawan ]


[1] 1 cawan serbuk koko

[2] 1 cawan gula pasir

[3] 1 cawan susu cair

[4] 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan

[5] 1/2 cawan susu pekat manis

[6] 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek

[7] 1 sudu baking powder

[8] 1 sudu soda bikarbonat

[9] 4 biji telur

[10] 1 sudu esen vanilla

Cara-cara membuatnya pula :


[1] Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk / kuali.

[2] Masak atas api sampai larut. Pastikan api dlm kecik supaya ia larut dgn sekata.

[3] Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat.

[4] Pukul telur sampai kembang. Masukkan campuran yang pertama tadi ke dalam adunan telur.

[5] Kemudian masukkan sikit2 campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder & soda bikarbonat. Kacau sampai sebati & pastiakn tidak berketul-ketul.

[6] Panaskan pengukus & pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yg mengandungi adunan kek coklat.

[7] Sapukan marjerin pada loyang. Ingat..!! Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tak kena pada kek.

[8] Kukus kek selama 1 jam.

Cara-cara & bahan-bahan untuk Topping Kek Coklat Kukus sedap pula : 


Bahan-bahannya : 


[1] 1 cawan susu pekat manis

[2] 1 sudu makan serbuk koko

[3] 2 sudu mentega

Cara-caranya :


[1] Masukkan semua bahan ke dlm kuali / periuk & Kacau perlahan sehingga larut.

[2] Angkat selepas cairan coklat dah mendidih.

[3] Biarkan sejuk sebentar sblm tuang atas kek coklat kukus tadi.

Siapppp dan kek kukus coklat yang sedap dan senang...!!! Selamat Mencuba uolsss..!! P/S : Jangan lupa share pada kawan2 uolsss..!! Kredit

Kami kongsikan resepi terbaik untuk anda, selamat mencuba

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon