Kali ini kita mahu berkongsi pula Resepi Simple Pizza Sayur Ketuk Ketuk Ramadan, anak-anak mesti suka makan pizza kan? kalau yang jenis susah nak makan nasi dengan sayur tu, elok kita cuba pula resepi pizza sayur yang simple dan sedap ini.
Bukan sebarangan pizza sayur, tanpa bahan pengawet, pizza sayur ini lebih berkhasiat sebab banyak gunakan sayuran dan juga bahan bahan asli. Baiklah tanpa buang masa jom kita teruskan dengan resepi pizza sayur ketuk ketuk ramadan ini.
Bahan-Bahannya ( 2 biji ):
● *200g tepung roti
● *1/2 sudu besar gula
● *1/2 sudu kecil garam
● *2 sudu kecil baking powder
● 1 sudu besar minyak zaitun
● 130ml air
Topping –
● Bawang besar
● Bawang putih
● Tomato puri
● Tomato
● Cendawan – shitake, butang
● Lada benggala
● Lada merah
● Keju: mozarella, parmesan, cheddar
● Mixed spices
Cara-cara utk membuatnya:
● Masukkan semua bahan yang bertanda (*) ke dalam mangkuk. Kacau biar bergaul rata.
● Masukkan pula minyak zaitun dan air. Kacau sehingga tak nampak debu-debu putih. Rehatkan 5-10 minit. Kemudian uli dengan tangan sehingga licin.
● Buat bentuk bulat. Wrap dengan plastik wrap. Biarkan 30 minit.
● Bahagikan doh kepada 2. Buat bentuk bulat. Kemudian canaikan senipis yang disukai. Lepas tu bolehlah tarik-tarik/ kebar2 biar jadi lebih nipis. Lagi nipis, lagi crispy.
● Panaskan oven sehingga 200C. Kemudian letaklah topping pada pizza. Bakar selama 10-15 minit.
Selamat mencuba uolsss.. Kredit : DehaihatiNetwork
EmoticonEmoticon