Saturday, April 22, 2017

Rahsia Resepi Roti Jala Sardin Enak

Baiklah hari ini kita nak kongsi pula Rahsia Resepi Roti Jala Sardin Enak yang enak dan marvelous ni, sangat sesuai untuk di makan waktu petang minum teh, roti jala ni menu istimewa terutama waktu ramadhan kan, jadi bulan puasa pun dah tak lama elok uoall ambil resepi rahsia ni.

Rahsia Resepi Roti Jala Sardin Enak

Tanpa buang masa jom kita terus ke bahan-bahan utama untuk roti jalan.

Bahan-bahan utk roti jala :


● 2 cawan tepung gandum

● 2 sb minyak masak

● 3/4 sk garam

● sedikit pewarna kuning

1 biji telur

● 2 cawan air/santan/susu segar

● acuan roti jala

Bahan inti sardin:


● 1 tin kecil sardin-asingkan sos dan buang tulang ikan

● 1 labu bawang besar sederhana-diracik halus

● 2 biji limau kasturi-diambil jusnya

● sedikit garam

● sedikit serbuk lada sulah

Cara membuat inti sardin :


● Ikan dihancurkan didalam mangkuk.kemudian masukkan bawang besar,garam,jus limau dan serbuk lada sulah secukupnya.

● Kacau sebati.jika suka boleh letakkan sikit sosnya.sha letak dalam 2 sb sos sardin tadi.

Cara membuat roti jala:


● Blend semua bahan diatas hingga sebati.tapis adunan.

● Gunakan non stik pan.sapu sedikit minyak dan jala diatasnya dengan acuan roti jala.

● Bila dah masak angkat dan letakkan 2 sk inti sardin dan gulung macam gulung kuih ketayap.

Selamat mencuba uolsss..!!

Kami kongsikan resepi terbaik untuk anda, selamat mencuba


EmoticonEmoticon