Friday, April 21, 2017

Resepi Ringkas Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya 2017

Bukan hanya resepi ramadan sahaja kami kongsikan, resepi kuih raya 2017 turut kami kongsikan pada anda, mestilah nak kan kelainan di hari raya ini kan? pernah dengar Resepi Ringkas Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya 2017?

Ok kalau tak pernah memang kena buat sebab resepi ini special lain dari lain dan rugi tak cuba sebab memang sedap sangat. Anak-anak pasti suka. Jom terus ke bahan bahan utama.

Resepi Ringkas Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya 2017

Bahan-bahan yg diperlukan :

  1. 250 Gram - Butter (suhu bilik) 
  2. 150 Gram - Gula Caster 
  3. 1 Biji - Kuning Telur Ayam 
  4. 30 Gram - Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs) 
  5. 100 Gram - Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus) 
  6. 100 Gram - Tepung Jagung 
  7. 300 Gram - Tepung Red Rose atau tepung top 
  8. 250 Gram - Badam (cincang dan disangar tanpa minyak) 
  9. 300 Gram - Chocolate Masakan (cooking chocolate dicairkan) 
  10. 1 Biji - Putih Telur Ayam 

Cara Ringkas Buat Cookies Coklat Ferrero Rocher Homemade Raya 2017

  1. Ayakkan tepung rose/top bersama deng@n tepung jagung.
  2. Campurkan pula serbuk roti bers@ma serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.
  3. Pukul pula butter, gula & kuning telur hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.
  5. Bulatkan doh sebesar guli.
  6. Celupkan pula doh bebola tadi kedalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.
  7. Letakkan diatas bekas dulang pembakar.
  8. Selepas itu bakar did@lam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165 darjah celcius selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing).
  9. Setelah masak, bi@rkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.
  10. Letak kan bebola chocolate kedalam mangkuk kertas.

Selamat mencuba uolsss..!!

Kami kongsikan resepi terbaik untuk anda, selamat mencuba


EmoticonEmoticon