Rahsia Resepi Ikan Kukus Taucu Ketuk-Ketuk Ramadan kali ini di tampilkan, jemu juga kan asyik daging dengan ayam, so kali ini kita tukar dengan ikan lak, tapi dengan cara hidangan yang lebih sihat dan berkhasiat iaitu ikan kukus taucu.
Sangatlah mudah resepi ikan kukus taucu ini, tapi jarang jarang orang buat kan, dan sebenarnya ianya sangatlah sedap, so kalau tak buat rugi hidup taw.. ok kita terus ke bahan bahan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
[**] 1 ekor ikan bawal, bersihkan
[**] 1/4 sudu teh lada hitam, tumbuk halus
[**] 2 btg daun bawang, hiris kasar
[**] 2 ulas bawang putih, cincang halus
[**] 3 tangkai lada hijau, hiris serong
[**] 1 cm halia, hiris nipis
[**] 1 sudu makan sos ikan
[**] 2 sudu makan taucu
[**] 100 ml air
[**] 1 sudu teh jus limau nipis
Cara penyediaanya :
[**] Lumur ikan dengan semua bahan. Perap selama 30 minit bahan-bahan meresap dengan sempurna.
[**] Kukus ikan sampai masak anggaran selama 20 minit.
[**] Angkat dan saajikan panas-panas.
Nota : Resepi ini tidak memerlukan garam kerana masin taucu sudah mencukupi.
EmoticonEmoticon