Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan, kali ini kita akan kongsikan resepi yang lain dari lain dan jarang jarang sangat di kongsikan, siapa pernah makan puding emas? ok ini memang special dan menjadi kegemaran kami. Anak anaklah yang paling suka.
Nak buatnya tak susah sangat, tapi plaing penting bahan bahan kena berkualiti, jangan risau tak mahal pun kos. Baiklah kita terus ke bahan bahan utama.
Bahan-bahan yang diperlukan :
##1/2 tahil agar2 (18.9 gram)
##4 biji telur, ambil kuning sahaja
##1 cawan gula
##1/2 cawan gula, hanguskan tanpa air (karamel)
##3 cawan air sejuk
Cara memasaknya :
##Masak agar2 bersama 3 cawan air hingga mendidih.
##Sementara itu, pukul 1 cawan gula bersama telur kuning hingga gula hancur sepenuhnya.
##Angkat agar2 yg telah mendidih dan tapis ke dalam adunan telur tadi.
##Panaskan adunan ke atas api sehingga mendidih.
##Masukkan gula hangus dan kacau perlahan-lahan.
##Angkat dan tuang adunan ke dlm loyang agar-agar.
##Sejukan.
Taadaaa dah siap pun, cantik kan.. nampak berselera.. so apa lagi jom cepat buat. Selamat mencuba uolsss..!!
EmoticonEmoticon