Assalamualaikum pada semua peminat ketuk ketuk ramadan, kali ini sis nak kongsikan kat uoall semua resepi istimewa yang menjadi kegemaran sis juga iaitu Resepi Bakso Ketuk Ketuk Ramadan 2017, memang sedap di buat juadah berbuka puasa ini kan. Ok jom terus ke bahan-bahan.
Bahan-bahan yang diperlukan :
½ kg daging cincang
3 ulas bawang putih, dihiris
50 gram tepung sagu
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur
Sediakan:
1 mangkuk besar air mendidih
1 mangkuk air sejuk/air ais
Untuk penyediaan BAKSO:
kesemua bahan-bahan dgn menggunakan tangan & sendok sampai mesra dan tidak melekat. Basahkan tangan dgn air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. Bulatkan bakso dgn sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.
Kuah untuk Bakso:
Sediakan air rebusan daging. Tambahkan garam, merica, & gula secukup rasa. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.
Cara Untuk Di Sajian:
Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng. Selamat mencuba uolsss..!!
EmoticonEmoticon