Cara Buat Cucur Badak Ketuk Ketuk Ramadan.. kuihh cucur badak siapa yang tak kenal kan?.. kalau tak kenal bukan orang Malaysia la tuh... So jangan kata tak kenal, memang kena marah, dengan rasanya berlemak dan inti kelapa yang pedas berempah, memang sedap sangat.
Ramai yang tahu makan tapi tak tahu buat, so kali ini kita kongsikan resepi cucur badak ketuk ketuk ramadan. Jangan buang masa jom kita terus ke bahan bahan utama.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan-bahan untuk inti :
[*#*] ½ biji kelapa parut
[*#*] 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
[*#*] 1 ulas bawang putih
[*#*] 3 biji bawang merah
[*#*] 7 tangkai lada merah
[*#*] 1 cm halia
[*#*] 1 batang serai
[*#*] 1 sudu teh serbuk kunyit
[*#*] 2 sudu makan gula
[*#*] ½ sudu teh garam
[*#*] 2 sudu makan minyak masak
[no 3-10 - satukan & kisar bersama 1/4 cawan air]
Bahan-bahan untuk doh :
[*#*] 250gram keledek [rebus dan lenyek]
[*#*] 3 ½ sudu makan tepung gandum
[*#*] ½ sudu teh garam
[*#*] ½ - 1kg minyak masak
Cara-cara untuk menyediakan inti :
[*#*] Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Masak hingga menggelegak
[*#*] Masukkan kelapa. Kacau smpai rata. Tutup api & ketepikan.
Cara-cara untuk buat kuih :
[*#*] Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
[*#*] Ambil sedikit doh & bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
[*#*] Sementara itu panaskan minyak di dlm kuali.
[*#*] Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
Ok dah siap pun, sangat mudah kan.. lepas ni buat sendiri rasakan air tangan sendiri... mesti sedap kan. Selamat mencuba.
EmoticonEmoticon