Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts

Sunday, June 4, 2017

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk Ketuk Ramadan

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk Ketuk Ramadan kali ini pasti marbelesss... kenapa ye? sebab mee udang memang sedap dan juga menjadi kegemaran kami semua.

Dengan mewahnya bahan-bahan mee udang ini kalau dah rasa sekali pasti nak lagi. Tak percaya mesti cuba buat... ok jangan tunggu lama-lama jom kita terus ke bahan bahan utama mee udang jakarta.

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk Ketuk Ramadan

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk-Ketuk 


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 400 gram udang – saiz sederhana
  • ¼ sudu teh garam
  • 1.5 l air
  • 200 gram mee telur kering

Bahan-bahan untuk Kuah sup :

  • Air rebusan udang secukupnya
  • ½ sudu teh minyak masak
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 150 ml air

Bahan-bahan untuk Sos :

  • 8 sudu makan lada merah kisar
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu teh halia parut
  • 4 ulas bawang putih parut
  • 2 sudu makan daun bawang cincang
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • ½ sudu teh cuka
  • 300 ml air
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir

Bahan-bahan Pelengkap :

  • Telur rebus
  • Limau nipis
  • Daun bawang cincang

Cara membuatnya :

  • Lumur udang dengan garam, perapkan selama 10 minit. Kemudian masukkan udang kedalam periuk bersama 1.5 liter air, didihkan dan rebus selama 10 minit Angkat dan toskan. Tapis air rebusan udang dan ketepikan sebanyak 1.2 l. 
  • Satukan kesemua bahan sos, masukkan dalam periuk dan masak hingga pekat, tutup api.
  • Rebus mee telor dalam air mendidih sehingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee ke dalam sos, kacau sampai tercampur rata.
  • Siapkan mangkuk sajian, bahagikan mee sama banyak ke dalam 4 mangkuk hidangan. Curah kuah sup, tambahkan udang dan telur rebus. Sajikan segera dengan taburi daun bawang dan hirisan limau nipis bila suka.

Selamat mencuba uolsss..!!

Saturday, June 3, 2017

Resepi Bakso Ketuk Ketuk Ramadan 2017

Assalamualaikum pada semua peminat ketuk ketuk ramadan, kali ini sis nak kongsikan kat uoall semua resepi istimewa yang menjadi kegemaran sis juga iaitu Resepi Bakso Ketuk Ketuk Ramadan 2017, memang sedap di buat juadah berbuka puasa ini kan. Ok jom terus ke bahan-bahan.

Resepi Bakso Ketuk Ketuk Ramadan 2017

Bahan-bahan yang diperlukan :


½ kg daging cincang 
3 ulas bawang putih, dihiris
50 gram tepung sagu 
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur 


Sediakan:


1 mangkuk besar air mendidih 
1 mangkuk air sejuk/air ais 

 Untuk penyediaan BAKSO:


kesemua bahan-bahan dgn menggunakan tangan & sendok sampai mesra dan tidak melekat. Basahkan tangan dgn air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. Bulatkan bakso dgn sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah untuk Bakso:


Sediakan air rebusan daging. Tambahkan garam, merica, & gula secukup rasa. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Untuk Di Sajian: 


Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng. Selamat mencuba uolsss..!!

Sunday, May 7, 2017

Rahsia Resepi Laksa Johor Yang Marvelous

Rahsia Resepi Laksa Johor Yang Marvelous. Assalamualaikum puan puan dan kakak kakak di rumah tu. Kali ini kita nak belanja uolsss resepi laksa johor, mudah dan sedap.. Biasa kita makan laksa penang atau laksa utara je kan. 

Rahsia Resepi Laksa Johor Yang Marvelous

Laksa Johor pun apa kurangnya, boleh tahan sedap dan menyelarakan, makan waktu panas-panas memang sedap sangat sangat. Tanpa melengahkan masa jom kita mulakan resepi laksa johor ini.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 500 gram spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada pembungkus
  • 1 biji timun, hiris memanjang seperti lidi
  • Daun kesum, dihiris halus
  • Taugeh, dicelur
  • 5 urat kacang panjang, hiri nipis
  • 2 biji telur, direbus
  • 3 tangkai lada merah dan sedikit belacan, dibuat sambal
  • Limau kasturi

Bahan-bahan untuk Kuah:

  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inchi halia, dihiris
  • 1 bungkus rempah kari ikan
  • 1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
  • 1 ½ mangkuk santan cair
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inchi lengkuas, dititik
  • 1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang ¾ masak dan dikisar
  • 5 keping asam keping
  • 200 gram udang, direbus
  • 1 sudu makan udang kering
  •  ½ biji kelapa parut, dibuat kerisik
  • Garam secukup rasa

Cara-cara untuk penyediaan:

  • Panaskan minyak untuk menumis di dlm periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kari dan kacau hingga mesra. 
  • Masukkan pula pati santan, serai diikuti lengkuas. Biar sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan isi ikan yg telah dikisar, kacau hingga mesra. 
  • Setelah mendidih masukkan santan cair dan asam keping. Biar lagi hingga mendidih dan masukkan udang, udang kering, kerisik & garam. 
  • Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
  • Hidangkan spaghetti yg telah direbus bersama kuah & bahan2 lain.

      Ok dah siap pun resepi laksa johor yang pasti marvelous rasanya. Cuba tau jangan tak cuba.

      Wednesday, April 26, 2017

      Resepi Special Mee Kolok Sarawak Ketuk Ketuk Ramadan

      Siapa yang pernah melancong ke Sarawak mesti pernah rasa mee kolok kan? ya masakan istimewa yang hanya ada di Sarawak, kalau di semenanjung tak semua tempat ada. Memang sedap mee kolok ni. 

      Oleh sebab tak ramai tahu cara buat mee kolok ini. Hari ini kami kongsikan Resepi Special Mee Kolok Sarawak Ketuk Ketuk Ramadan khas untuk anda. Jadi tanpa membuang masa jom kita teruskan.

      Resepi Special Mee Kolok Sarawak Ketuk Ketuk Ramadan

      ***Bahan-bahan ini untuk hidangan utk 3 orang***

      Bahan-bahan yang perlu di sediakan :


      1. 1 bungkus Mee Kolok kering - celur
      2. 3 ulas Bwg Putih - tumbuk
      3. 3 sb Sos Tiram
      4. 3 sb Kicap
      5. 3 sb Sos Cili
      6. 1 st Minyak Lenga
      7. 1 st Cili Oil
      8. 1/2 ketul Dada Ayam - cincang
      9. Garam & Lada Sulah
      10. Taburan - Daun Bwg, Bwg Goreng, Taugeh 

      Bahan-bahan untuk Sos Cili:


      1. 2 bj Cili Merah
      2. 1 ulas Bwg Putih
      3. 1 bj Limau Kasturi
      4. 1 sb Sos Cili
      5. Garam, Gula

      [ Blend kesemua bahan2 dgn sedikit air]

      Cara-cara membuatnya :


      1. Panaskan sedikit minyak & masukkan ayam, garam & lada sulah.
      2. Angkat apabila masak & ketepikan.
      3. Tumis bwg putih dgn baki minyak tadi sehingga perang.
      4. Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, minyak lenga, cili oil, garam & lada.
      5. Masukkan beberapa sudu air jika perlu.
      6. Tutup api sebaik sahaja mendidih dan gaulkan Mee Kolok sehingga rata.
      7. Hidangkan segera dgn ayam, bahan taburan & sos cili.
      8. Selalunya di restoren di hidangkan dgn sup kosong .

      Selamat Mencuba uolsss..!!