Saturday, June 10, 2017

Rahsia Resepi Ikan Kukus Taucu Ketuk-Ketuk Ramadan

Rahsia Resepi Ikan Kukus Taucu Ketuk-Ketuk Ramadan kali ini di tampilkan, jemu juga kan asyik daging dengan ayam, so kali ini kita tukar dengan ikan lak, tapi dengan cara hidangan yang lebih sihat dan berkhasiat iaitu ikan kukus taucu.

Sangatlah mudah resepi ikan kukus taucu ini, tapi jarang jarang orang buat kan, dan sebenarnya ianya sangatlah sedap, so kalau tak buat rugi hidup taw.. ok kita terus ke bahan bahan.

Rahsia Resepi Ikan Kukus Taucu Ketuk-Ketuk Ramadan


Bahan-bahan yang diperlukan :


[**] 1 ekor ikan bawal, bersihkan
[**] 1/4 sudu teh lada hitam, tumbuk halus
[**] 2 btg daun bawang, hiris kasar
[**] 2 ulas bawang putih, cincang halus
[**] 3 tangkai lada hijau, hiris serong
[**] 1 cm halia, hiris nipis
[**] 1 sudu makan sos ikan
[**] 2 sudu makan taucu
[**] 100 ml air
[**] 1 sudu teh jus limau nipis

Cara penyediaanya :


[**] Lumur ikan dengan semua bahan. Perap selama 30 minit bahan-bahan meresap dengan sempurna. 
[**] Kukus ikan sampai masak anggaran selama 20 minit.
[**] Angkat dan saajikan panas-panas. 

Nota : Resepi ini tidak memerlukan garam kerana masin taucu sudah mencukupi.

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan, kali ini kita akan kongsikan resepi yang lain dari lain dan jarang jarang sangat di kongsikan, siapa pernah makan puding emas? ok ini memang special dan menjadi kegemaran kami. Anak anaklah yang paling suka.

Nak buatnya tak susah sangat, tapi plaing penting bahan bahan kena berkualiti, jangan risau tak mahal pun kos. Baiklah kita terus ke bahan bahan utama.

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


##1/2 tahil agar2 (18.9 gram)
##4 biji telur, ambil kuning sahaja
##1 cawan gula
##1/2 cawan gula, hanguskan tanpa air (karamel)
##3 cawan air sejuk


Cara memasaknya :


##Masak agar2 bersama 3 cawan air hingga mendidih.
##Sementara itu, pukul 1 cawan gula bersama telur kuning hingga gula hancur sepenuhnya.
##Angkat agar2 yg telah mendidih dan tapis ke dalam adunan telur tadi.
##Panaskan adunan ke atas api sehingga mendidih.
##Masukkan gula hangus dan kacau perlahan-lahan.
##Angkat dan tuang adunan ke dlm loyang agar-agar.
##Sejukan.

Taadaaa dah siap pun, cantik kan.. nampak berselera.. so apa lagi jom cepat buat. Selamat mencuba uolsss..!!

Friday, June 9, 2017

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017, haa ini pun resepi feveret di waktu musim perayaan kan, tapi tak ramai yang tahu buat, kali ini tak apa kita kongsikan resepi popia nestum ini, mesti buat betul betul untuk bagi sedap taw, ok kita terus ke bahan bahan utama.

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Bahan-bahan yang diperlukan :


[x] 1 bungkus besar popia
[x] Lidi satay utk menggulung
[x] Telur sebagai bahan pelekat
[x] Minyak masak untuk menggoreng
[x] 1/2 cawan horlicks
[x] 1/2 cawan gula - kisar halus
[x] 1 cawan nestum - kisar halus

Cara memasaknya :


[x] Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat sampai habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering & susah dipotong.
[x] Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yg telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
[x] Goreng potongan kulit popia dgn api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
[x] Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dlm bekas kedap udara.

Selamat mencuba uolsss..!! Jangan lupa pada kawan2 tau..!!

Thursday, June 8, 2017

Resepi Siput Sedut Masak Gulai Lemak Cili Api Ketuk-Ketuk Ramadan

Resepi Siput Sedut Masak Gulai Lemak Cili Api Ketuk-Ketuk Ramadan, tipulah kalau tak pernah makan siput sedut masak gulai lemak cili api ni kan... semua kat dalam Malaysia ni memang pernah makan, tapi nak buat yang sedap tak ramai boleh kan.. ok untuk tak menghampakan uolss kali ini kita kongsikan resepi rahsia ini.

InshaaAllah di jamin sedap tapi kena la cukup bahan-bahan taw. So kita terus ke bahan bahan utama ok. Jangn miss taw...

Resepi Siput Sedut Masak Gulai Lemak Cili Api Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


Bahan-bahan A:

[++] 1 kg siput sedut - potong belak@ngnya dan bersihkan
[++] 2 cawan s@ntan cair 
[++] 2 santan pekat 
[++] 1 biji ubi kel@di - potong kecil dan rebus
[++] 1 helai d@un kunyit - disiat

Bahan-bahan Yang perlu Di Kisar:


[++] 20 t@ngkai cili api - tambah atau kur@ngkan ikut citarasa pedas 
[++] 3 ulas b@wang kecil
[++] 1 sudu garam kasar/ secukup rasa
[++] 1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

[++] Masukk@n semua bahan kecuali s@ntan pekat dlm periuk. Panaskan at@s api kecil sambil dikacau sek@li sekala sehingga mendidih.
[++] M@sukkan sant@n pekat sambil dikacau sekali sekala sampai mendidih.sek@li lagi.
[++] Angk@t dan hid@ngkan bersama nasi.
Selamat mencuba uolsss..!!

Jangan lupa share pada kawan2 resepi ni..!!

Wednesday, June 7, 2017

Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap

Siapa biasa makan cucur jagung? sekali sekala kalau dapat makan memang sedap kan... Tapi biasa kalau yang kat rumah tu buat yang cucur jagung berlemak kan? kali ini kita tukar sikit, letak cili sikit so ada rasa spicy and hot, dah jangan nak bebel lama-lama jom kita teruskan dengan Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap.

Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan :


[==] 2 batang jagung manis – bersihkan
[==] 12 sudu tepung gandum
[==] 1 biji telur
[==] 2 tangkai cili merah – hiris nipis
[==] 2 sudu teh garam
[==] Air secukupnya
[==] Minyak utk menggoreng

Cara memasaknaya :


[==] Kikis isi jagung dengan menggunakan pisau yg tajam dgn berhati2 ke dlm mangkuk.
[==] Masukkan tepung dan hirisan cili ke dlm mangkuk berisi isi jagung. Gaul hingga rata.
[==] Masukan air sedikit demi sedikit sambil dig@ul sehingga adunan menjadi mesra dan tidak terlalu cair.
[==] Masukan telur dan garam. Gaul hingga rata.
[==] Panaskan minyak yg banyak didalam kuali.
[==] Sudukan adunan satu persatu ke dlm kuali dan goreng sehingga kuning keemasan. Balik-balikan cucur supaya masak dengan sempurna.
[==] Setelah masak, angkat dan toskan minyak. Sajikan bersama sos cili kesukaan uollsss.

Dah siap untuk dihidangkan..!! Selamat mencuba uolsss..!!