Tuesday, June 13, 2017

Resepi Kari Kepala Ikan Ketuk-Ketuk Ramadan

Resepi Kari Kepala Ikan Ketuk-Ketuk Ramadan, ini memang resepi yang bagi kami.. dia punya sedap terangkat tu sampai tak tahu nak cakap.. kalau tak tak akan ramai yang gila dengan kari kepala ikan kan... memang sedap sangat.

Dari kita beli mahal mahal kat kedai mamak tu, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah, lagi jimat kan.. ok kita terus ke bahan bahan resepi kari kepala ikan.

Resepi Kari Kepala Ikan Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan : 


[<>] 1 kg kepala ikan 
[<>] 50 gm bawang merah 
[<>] 30 gm halia (dikisar) 
[<>] 30 gm bawang putih (dikisar) 
[<>] 50 gm cili kering (dikisar) 
[<>] 50 gm ketumbar 
[<>] 40 gm serbuk jint@n putih 30 gm serbuk kaskas 
[<>] 10 gm serbuk lada putih 
[<>] 40 gm serbuk kunyit 
[<>] 1 liter santan kelapa 
[<>] 20 gm garam 
[<>] 10 biji kacang bendi 
[<>] 6 biji terung 

Cara menyediakan : 


[<>] Tumiskan bawang, halia dan cili kering. Masukkan pula rempah yg telah dicampurkan dengan sedikit air asam jawa. 
[<>] Kacau sehingga terbit minyak. Selepas itu masukkan santan, kacau hingga sebati. 
[<>] Masukkan pula terung & bendi, tunggu hingga separuh masak. 
[<>] Setelah hampir masak, masukkan pula garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Selamat mencuba uolsss..!!

Rahsia Resepi Kuih Badak Berendam Yang Enak

Rahsia Resepi Kuih Badak Berendam Yang Enak. Badak berendam memang jadi feveret semua ramai rakyat Malaysia untuk berbuka, rasa yang lemak manis ini dapat kembalikan tenaga kita yang lepas penat seharian berpuasa. Asyik beli je kan, so apa kata kita buat la sendiri.

Bila lagi nak pandai kan kalau kita tak cuba buat sendiri. Bahan bahan jangan risau tak susah pun. memang senang nak dapat, ok kita terus ke bahan bahan utama.

Rahsia Resepi Kuih Badak Berendam Yang Enak

Bahan-bahan yang diperlukan :


[+] ½ bungkus tepung pulut
[+] 8 helai daun pandan (kisar dan perah patinya)
[+] ½ biji kelapa parut (untuk dibuat inti)
[+] 3 cawan santan
[+] 1 cawan gula merah
[+] 1 cawan air
[+] 1 sudu teh garam

Cara penyediaan :


[+] Kelapa parut digaul dengan gula merah dan dimasak hingga menjadi inti.
[+] Panaskan kukusan.
[+] Bancuh tepung pulut bersama air dan pati pandan hingga menjadi doh yang lembut.
[+] Bentukkan doh lembut bulat2 dan isi inti di dalamnya.
[+] Sementara itu bancuh santan bersama garam.
[+] Letakan doh berinti di dalam bekas & tuangkan santan di sekelilingnya.
[+] Kemudian kukus hingga masak.
[+] Sejukan.

Selamat mencuba uolsss..!!

Resepi Popiah Pisang Ketuk-Ketuk Ramadan

Resepi Popiah Pisang Ketuk-Ketuk Ramadan, suka makan popiah? popiah goreng popiah basah.. semua bangsa di Malaysia memang suka sangat popiah, tapi biasa makan tak popiah pisang?

Haaa kalau tak pernah meh kali ini kita ajar pula cara buat popiah pisang yang memang sedap dan berjus ini. Jom kita terus ke bahan bahan utama.

Resepi Popiah Pisang Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


[*0*] 6 biji pisang masak ~sesuai untuk menggoreng seperti pisang nangka
[*0*] 6 keping kulit popiah
[*0*] 1 sudu teh serbuk kayu manis
[*0*] 2 sudu madu
[*0*] 1 camca teh tepung jagung dan 1 besar air (bancuh untuk lekatkan kulit) ~bancuhan tepung jagung boleh juga diganti dengan putih telur
[*0*] Minyak masak untuk goreng 

Cara Penyediaan :


[*0*] Buang kulit pisang. Salutkan pisang dengan madu dan serbuk kayu manis.
[*0*] Bungkus pisang dengan kulit popiah dalam sebarang gaya anda mahu. Kemaskan bungkusan dengan pes tepung atau putih telur.
[*0*] Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan kuantiti minyak cukup banyak untuk tenggelamkan pisang.
[*0*] Goreng popiah pisang anggaran selama 5 minit atau sehingga warna coklat keemasan.
[*0*] Angkat & toskan minyak. Siap untuk dihid@ngkan.

Selamat mencuba uolsss..!!

Monday, June 12, 2017

Resepi Legend Bubur Merah Putih Ketuk-Ketuk Ramadan

Resepi Legend Bubur Merah Putih Ketuk-Ketuk Ramadan. Biasa dengar bubur kacang hijau? bubur nasi la ape la, ok pernah dengar bubur merah putih? tak pernah kan.. so ini resepi kita hari ini. Bubur merah putih ini agak legend juga bagi kami. Dan nak buat pun tak susah sebenarnya, dan paling kami ska bila di hidang tu nampak cantik sangat.

Ok tak mahu cakap banyak, dan ramai yang tak sabar nak tahu bahan bahan dan cara membuat bubur merah putih ini.

Resepi Legend Bubur Merah Putih Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan : ~ untuk 5-6 orang 


[*x*] 300 gm beras /pulut
[*x*] 4 ketul gula Melaka di masak / cairkan kemudian ditapis
[*x*] 200 ml santan kelapa
[*x*] 2 sudu makan gula pasir
[*x*] G@ram secukup rasa
[*x*] 4-5 helai daun pandan
[*x*] Air


Cara-cara membuatnya :


[*x*] Tanak pulut / beras dengan secukup air hingga kembang dan masukkan daun pandan.
[*x*] Masukkan santan kelapa, masak dan kacau sehingga sebati dan asingkan 5 senduk pulut ke dalam mangkuk lain dan tambah garam ke dalamnya.
[*x*] Masukan gula melaka ke dalam bubur yang selebihnya dan kacau sehingga rata, jika kurang manis tambahlah sedikit gula pasir.
[*x*] Jika sudah masak sendukan bubur pulut merah ke dalam mangkuk dan senduk sedikit bubur pulut putih bubuh di atasnya (tengah-tengah).
[*x*] Siap untuk dihidangkan.

Macam mana hasilnya? cantik dan menyelerakan... Selamat mencuba uolsss..!! 

Sunday, June 11, 2017

Rahsia Resepi Kuih Cakoi Yang Lembut Ketuk-Ketuk Ramadan

Rahsia Resepi Kuih Cakoi Yang Lembut Ketuk-Ketuk Ramadan, haa ini memang ramai yang suka makan kan? tapi ramai juga yang kecundang kalau cuba buat cakoi ni, ini memang kuih faveret semua kaum, terutama bangsa cina.

Kalau kita pula suka cicah dnegan kuah kacang ataupun sekaya, memang sedap lah tak hinggat punya, makan panas panas memang sedap sangat. Ok kalau nak buat, ikut step bawah ni betul betul ok.

Rahsia Resepi Kuih Cakoi Yang Lembut Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


[!*!] 400gm tepung gandum
[!*!] 1 cawan air
[!*!] 1 sudu besar marjerin, cairkan
[!*!] 1 sudu teh garam
[!*!] 3 sudu makan gula
[!*!] 2 sudu teh yis kering
[!*!] ½ sudu teh baking soda
[!*!] 1 sudu makan susu pekat manis
[!*!] 1 biji kuning telur
[!*!] Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:


[!*!] Campurkan kesemua bahan kecuali tepung di dalam mangkuk. Gaul sebati.
[!*!] Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.Rehatkan doh selama 1/2 jam dan tutup dengan plastik.
[!*!] Canai doh memanjang lebih kurang 1/2 cm tebal dan 10 cm lebar membentuk empat segi.
[!*!] Potong doh lebih kurang 2 cm. Cantumkan 2 potongan bersama.
[!*!] Goreng dengan api sederhana besar hingga kuning keemasan.
[!*!] Setelah masak, bolehlah dihidang dengan kuah sambal, kauh kacang atau kaya.

Selamat mencuba..!!

Resepi Udang Panggang Bersama Sos Lemon Ketuk-Ketuk Ramadan

Resepi Udang Panggang Bersama Sos Lemon Ketuk-Ketuk Ramadan, ok sebelum ini kita tampilkan resepi ikan kukus, itu cara tradisi Malaysia, kali ini kita tampilkan resepi ala ala western gitu. Asyik bergoreng je udang tu kan. Kali ini kita panggang pula.

Pernah makan udang panggang? macam bbq tu... tapi kalau tak kena sos rasa macam tak cukup bahan, so kita tambah sos lemon istimewa. Ok jangn kecur air liur dulu. Kita sediakan bahan bahan dulu.

Resepi Udang Panggang Bersama Sos Lemon Ketuk-Ketuk Ramadan


Bahan-bahan yang diperlukan :


[#*#] 500 gram - udang saiz besar , bersihkan
[#*#] Garam secukup rasa
[#*#] 10 ulas bawang putih, cincang
[#*#] 4 sudu makan jus lemon
[#*#] 2 sudu makan minyak masak
[#*#] lidi satay secukupnya
[#*#] 1 biji bawang besar, cincang
[#*#] 2 tangkai cili merah, hiris
[#*#] 1 sudu teh kicap
[#*#] beberapa helai daun salad


Cara-cara penyediaan :


[#*#] Masukkan udang di dalam mangkuk. Masukan garam, bawang putih, 1 sudu jus lemon dan minyak. Gaul rata.
[#*#] Cucuk udang pada lidi satay. Panggang bahagian demi bahagian sehingga masak. Sapukan sedikit minyak semasa memanggang.
[#*#] Untuk sos, masukan semua bahan yang tinggal ke dalam mangkuk. Gaul hingga mesra. 

Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas2. Selamat mencuba uolsss..!!

Saturday, June 10, 2017

Rahsia Resepi Ikan Kukus Taucu Ketuk-Ketuk Ramadan

Rahsia Resepi Ikan Kukus Taucu Ketuk-Ketuk Ramadan kali ini di tampilkan, jemu juga kan asyik daging dengan ayam, so kali ini kita tukar dengan ikan lak, tapi dengan cara hidangan yang lebih sihat dan berkhasiat iaitu ikan kukus taucu.

Sangatlah mudah resepi ikan kukus taucu ini, tapi jarang jarang orang buat kan, dan sebenarnya ianya sangatlah sedap, so kalau tak buat rugi hidup taw.. ok kita terus ke bahan bahan.

Rahsia Resepi Ikan Kukus Taucu Ketuk-Ketuk Ramadan


Bahan-bahan yang diperlukan :


[**] 1 ekor ikan bawal, bersihkan
[**] 1/4 sudu teh lada hitam, tumbuk halus
[**] 2 btg daun bawang, hiris kasar
[**] 2 ulas bawang putih, cincang halus
[**] 3 tangkai lada hijau, hiris serong
[**] 1 cm halia, hiris nipis
[**] 1 sudu makan sos ikan
[**] 2 sudu makan taucu
[**] 100 ml air
[**] 1 sudu teh jus limau nipis

Cara penyediaanya :


[**] Lumur ikan dengan semua bahan. Perap selama 30 minit bahan-bahan meresap dengan sempurna. 
[**] Kukus ikan sampai masak anggaran selama 20 minit.
[**] Angkat dan saajikan panas-panas. 

Nota : Resepi ini tidak memerlukan garam kerana masin taucu sudah mencukupi.

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan, kali ini kita akan kongsikan resepi yang lain dari lain dan jarang jarang sangat di kongsikan, siapa pernah makan puding emas? ok ini memang special dan menjadi kegemaran kami. Anak anaklah yang paling suka.

Nak buatnya tak susah sangat, tapi plaing penting bahan bahan kena berkualiti, jangan risau tak mahal pun kos. Baiklah kita terus ke bahan bahan utama.

Rahsia Resepi Puding Emas Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


##1/2 tahil agar2 (18.9 gram)
##4 biji telur, ambil kuning sahaja
##1 cawan gula
##1/2 cawan gula, hanguskan tanpa air (karamel)
##3 cawan air sejuk


Cara memasaknya :


##Masak agar2 bersama 3 cawan air hingga mendidih.
##Sementara itu, pukul 1 cawan gula bersama telur kuning hingga gula hancur sepenuhnya.
##Angkat agar2 yg telah mendidih dan tapis ke dalam adunan telur tadi.
##Panaskan adunan ke atas api sehingga mendidih.
##Masukkan gula hangus dan kacau perlahan-lahan.
##Angkat dan tuang adunan ke dlm loyang agar-agar.
##Sejukan.

Taadaaa dah siap pun, cantik kan.. nampak berselera.. so apa lagi jom cepat buat. Selamat mencuba uolsss..!!

Friday, June 9, 2017

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017, haa ini pun resepi feveret di waktu musim perayaan kan, tapi tak ramai yang tahu buat, kali ini tak apa kita kongsikan resepi popia nestum ini, mesti buat betul betul untuk bagi sedap taw, ok kita terus ke bahan bahan utama.

Resepi Popia Nestum Ketuk-Ketuk Ramadan 2017

Bahan-bahan yang diperlukan :


[x] 1 bungkus besar popia
[x] Lidi satay utk menggulung
[x] Telur sebagai bahan pelekat
[x] Minyak masak untuk menggoreng
[x] 1/2 cawan horlicks
[x] 1/2 cawan gula - kisar halus
[x] 1 cawan nestum - kisar halus

Cara memasaknya :


[x] Gulung kulit popia gunakan lidi satay, , tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat sampai habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering & susah dipotong.
[x] Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yg telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
[x] Goreng potongan kulit popia dgn api kecilhingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
[x] Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.Gaul hingga rata. Simpan dlm bekas kedap udara.

Selamat mencuba uolsss..!! Jangan lupa pada kawan2 tau..!!

Thursday, June 8, 2017

Resepi Siput Sedut Masak Gulai Lemak Cili Api Ketuk-Ketuk Ramadan

Resepi Siput Sedut Masak Gulai Lemak Cili Api Ketuk-Ketuk Ramadan, tipulah kalau tak pernah makan siput sedut masak gulai lemak cili api ni kan... semua kat dalam Malaysia ni memang pernah makan, tapi nak buat yang sedap tak ramai boleh kan.. ok untuk tak menghampakan uolss kali ini kita kongsikan resepi rahsia ini.

InshaaAllah di jamin sedap tapi kena la cukup bahan-bahan taw. So kita terus ke bahan bahan utama ok. Jangn miss taw...

Resepi Siput Sedut Masak Gulai Lemak Cili Api Ketuk-Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


Bahan-bahan A:

[++] 1 kg siput sedut - potong belak@ngnya dan bersihkan
[++] 2 cawan s@ntan cair 
[++] 2 santan pekat 
[++] 1 biji ubi kel@di - potong kecil dan rebus
[++] 1 helai d@un kunyit - disiat

Bahan-bahan Yang perlu Di Kisar:


[++] 20 t@ngkai cili api - tambah atau kur@ngkan ikut citarasa pedas 
[++] 3 ulas b@wang kecil
[++] 1 sudu garam kasar/ secukup rasa
[++] 1 inci kunyit hidup/ 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Penyediaan:

[++] Masukk@n semua bahan kecuali s@ntan pekat dlm periuk. Panaskan at@s api kecil sambil dikacau sek@li sekala sehingga mendidih.
[++] M@sukkan sant@n pekat sambil dikacau sekali sekala sampai mendidih.sek@li lagi.
[++] Angk@t dan hid@ngkan bersama nasi.
Selamat mencuba uolsss..!!

Jangan lupa share pada kawan2 resepi ni..!!

Wednesday, June 7, 2017

Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap

Siapa biasa makan cucur jagung? sekali sekala kalau dapat makan memang sedap kan... Tapi biasa kalau yang kat rumah tu buat yang cucur jagung berlemak kan? kali ini kita tukar sikit, letak cili sikit so ada rasa spicy and hot, dah jangan nak bebel lama-lama jom kita teruskan dengan Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap.

Cara Menyediakan Resepi Cucur Jagung Bercili Yang Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan :


[==] 2 batang jagung manis – bersihkan
[==] 12 sudu tepung gandum
[==] 1 biji telur
[==] 2 tangkai cili merah – hiris nipis
[==] 2 sudu teh garam
[==] Air secukupnya
[==] Minyak utk menggoreng

Cara memasaknaya :


[==] Kikis isi jagung dengan menggunakan pisau yg tajam dgn berhati2 ke dlm mangkuk.
[==] Masukkan tepung dan hirisan cili ke dlm mangkuk berisi isi jagung. Gaul hingga rata.
[==] Masukan air sedikit demi sedikit sambil dig@ul sehingga adunan menjadi mesra dan tidak terlalu cair.
[==] Masukan telur dan garam. Gaul hingga rata.
[==] Panaskan minyak yg banyak didalam kuali.
[==] Sudukan adunan satu persatu ke dlm kuali dan goreng sehingga kuning keemasan. Balik-balikan cucur supaya masak dengan sempurna.
[==] Setelah masak, angkat dan toskan minyak. Sajikan bersama sos cili kesukaan uollsss.

Dah siap untuk dihidangkan..!! Selamat mencuba uolsss..!!

Tuesday, June 6, 2017

Cara Buat Cucur Badak Ketuk Ketuk Ramadan

Cara Buat Cucur Badak Ketuk Ketuk Ramadan.. kuihh cucur badak siapa yang tak kenal kan?.. kalau tak kenal bukan orang Malaysia la tuh... So jangan kata tak kenal, memang kena marah, dengan rasanya berlemak dan inti kelapa yang pedas berempah, memang sedap sangat.

Ramai yang tahu makan tapi tak tahu buat, so kali ini kita kongsikan resepi cucur badak ketuk ketuk ramadan. Jangan buang masa jom kita terus ke bahan bahan utama.

Cara Buat Cucur Badak Ketuk Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


Bahan-bahan untuk inti :

[*#*]  ½ biji kelapa parut
[*#*]  100 gram udang kering (rendam dan kisar)
[*#*]  1 ulas bawang putih
[*#*]  3 biji bawang merah
[*#*]  7 tangkai lada merah
[*#*]  1 cm halia
[*#*]  1 batang serai
[*#*]  1 sudu teh serbuk kunyit
[*#*]  2 sudu makan gula
[*#*]   ½ sudu teh garam
[*#*]  2 sudu makan minyak masak


[no 3-10 - satukan & kisar bersama 1/4 cawan air]


Bahan-bahan untuk doh :

[*#*]  250gram keledek [rebus dan lenyek]
[*#*]  3 ½ sudu makan tepung gandum
[*#*]  ½ sudu teh garam
[*#*]  ½ - 1kg minyak masak

Cara-cara untuk menyediakan inti :

[*#*]  Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Masak hingga menggelegak
[*#*]  Masukkan kelapa. Kacau smpai rata. Tutup api & ketepikan.

Cara-cara untuk buat kuih :

[*#*]  Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
[*#*]  Ambil sedikit doh & bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
[*#*]  Sementara itu panaskan minyak di dlm kuali.
[*#*]  Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.

Ok dah siap pun, sangat mudah kan.. lepas ni buat sendiri rasakan air tangan sendiri... mesti sedap kan. Selamat mencuba.

Resepi Biskut Raya Red Lobser Bay 2017

Assalmualaikum uolsss, kali KKR nak belanja uolsss resepi biskut untuk raya akan datang iaitu Resepi Biskut Raya Red Lobser Bay 2017, sangat simple dan ianya juga sangat sedap,biasa kita dah ada biskut almond london la apa la.. so kali ni kita tampilkan kelainan ok...

Jom jangan buang masa duduk saja je, kita buang masa buat biskut raya lagi baik kan...

Resepi Biskut Raya Red Lobser Bay 2017

Bahan-bahan yang diperlukan :


[==] 2 cawan tepung campuran biskut Bisquick
[==] 2/3 cawan susu
[==] 1/2 cawan keju cheddar parut
[==] 1/4 cawan mentega cair
[==] 1/4 sudu teh serbuk bawang putih
[==] 1/4 sudu teh parsley kering

Cara menyediakan :


[==] Panaskan ketuhar pada 450F. 
Satukan Bisquick, susu dan keju dalam sebuah mangkuk besar. Gaul hingga membentuk doh yang lembut. Tumbuk2 doh selama 30 saat. 
[==] Sudukan adunan satu-persatu ke atas lapisan kertas pembakar. Kertas pembakar tidak perlu digris. Bakar biskut sehingga coklat keemasan anggaran selama 10 minit.
[==] Satukan mentega cair, serbuk bawang putih dan parsley kering. Sapukan campuran ini ke atas biskut yg masih panas.

Selamat Mencuba uolssss..!!

Monday, June 5, 2017

Resepi Rahsia Sotong Sumbat Ketuk Ketuk Ramadan

Resepi Rahsia Sotong Sumbat Ketuk Ketuk Ramadan ini mesti ramai yang tercari-cari kan? jadi untuk tidak menghampakan uollss semua, kali ini kami bongkarkan rahsia resepi sotong sumbat yang memang enak sangat ni. Mesti cuba kalau tak cuba rugi sangat sangat.

Jadi tanpa melenghakan masa, jom kita terus ke bahan bahan resepi rahsia sotong sumbat ketuk ketuk ramadan.

Resepi Rahsia Sotong Sumbat Ketuk Ketuk Ramadan

Bahan-bahan yang diperlukan :


[++] ekor sotong saiz sederhana
[++] 1 biji kelapa — dapatkan 2 cawan santan pekat
[++] 3 ulas bawang putih
[++] 1 cawan beras pulut
[++] 4 keping gula nira (atau 100gram gula merah)
[++] Pencucuk lidi secukupnya

Cara Membuatnya:


[++] Bersihkan beras pulut & rendam selama 20 minit. Toskan.
[++] Bersihkan sotong dan asingkan kepalanya. 
[++] Masukkan beras pulut ke dlm sotong & sematkan dgn pencucuk lidi supaya isinya tak terkeluar.
[++] Susun sotong yg telah disumbat ke dlm periuk n tuang santan.
[++] Masukkan gula nira atau gula merah dan bawang putih.
[++] Masak di atas api sederhana besar sehingga beras pulut masak n santan menjadi pekat.
[++] Tutup api, keluarkan n hidang pana-panas.


Proses yang kedua. Bahan-bahan yang diperlukan :


[==] 600 gm sotong
[==] 500 ml air 
[==] 4 biji telur
[==] 2 biji bawang besar, dicincang halus
[==] 1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
[==] 1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
[==] 1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
[==] 4 sudu makan rempah kari ikan
[==] 2 sudu makan cili kisar
[==] 1 sudu makan kicap pekat
[==] 1 sudu teh gula
[==] 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
[==] 100 ml minyak masak
[==] Lidi pencucuk secukupnya
[==] Garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya:


[==] Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
[==] Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
[==] Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
[==] Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
[==] Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
[==] Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yg dihiris bulat. Kacau hingga layu. 

Sunday, June 4, 2017

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk Ketuk Ramadan

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk Ketuk Ramadan kali ini pasti marbelesss... kenapa ye? sebab mee udang memang sedap dan juga menjadi kegemaran kami semua.

Dengan mewahnya bahan-bahan mee udang ini kalau dah rasa sekali pasti nak lagi. Tak percaya mesti cuba buat... ok jangan tunggu lama-lama jom kita terus ke bahan bahan utama mee udang jakarta.

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk Ketuk Ramadan

Cara Menyediakan Mee Udang Jakarta Ketuk-Ketuk 


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 400 gram udang – saiz sederhana
  • ¼ sudu teh garam
  • 1.5 l air
  • 200 gram mee telur kering

Bahan-bahan untuk Kuah sup :

  • Air rebusan udang secukupnya
  • ½ sudu teh minyak masak
  • 1 ½ sudu teh garam
  • 150 ml air

Bahan-bahan untuk Sos :

  • 8 sudu makan lada merah kisar
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu teh halia parut
  • 4 ulas bawang putih parut
  • 2 sudu makan daun bawang cincang
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • ½ sudu teh cuka
  • 300 ml air
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir

Bahan-bahan Pelengkap :

  • Telur rebus
  • Limau nipis
  • Daun bawang cincang

Cara membuatnya :

  • Lumur udang dengan garam, perapkan selama 10 minit. Kemudian masukkan udang kedalam periuk bersama 1.5 liter air, didihkan dan rebus selama 10 minit Angkat dan toskan. Tapis air rebusan udang dan ketepikan sebanyak 1.2 l. 
  • Satukan kesemua bahan sos, masukkan dalam periuk dan masak hingga pekat, tutup api.
  • Rebus mee telor dalam air mendidih sehingga lembut, angkat dan toskan. Masukkan mee ke dalam sos, kacau sampai tercampur rata.
  • Siapkan mangkuk sajian, bahagikan mee sama banyak ke dalam 4 mangkuk hidangan. Curah kuah sup, tambahkan udang dan telur rebus. Sajikan segera dengan taburi daun bawang dan hirisan limau nipis bila suka.

Selamat mencuba uolsss..!!

Saturday, June 3, 2017

Resepi Bakso Ketuk Ketuk Ramadan 2017

Assalamualaikum pada semua peminat ketuk ketuk ramadan, kali ini sis nak kongsikan kat uoall semua resepi istimewa yang menjadi kegemaran sis juga iaitu Resepi Bakso Ketuk Ketuk Ramadan 2017, memang sedap di buat juadah berbuka puasa ini kan. Ok jom terus ke bahan-bahan.

Resepi Bakso Ketuk Ketuk Ramadan 2017

Bahan-bahan yang diperlukan :


½ kg daging cincang 
3 ulas bawang putih, dihiris
50 gram tepung sagu 
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 biji putih telur 


Sediakan:


1 mangkuk besar air mendidih 
1 mangkuk air sejuk/air ais 

 Untuk penyediaan BAKSO:


kesemua bahan-bahan dgn menggunakan tangan & sendok sampai mesra dan tidak melekat. Basahkan tangan dgn air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. Bulatkan bakso dgn sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

Kuah untuk Bakso:


Sediakan air rebusan daging. Tambahkan garam, merica, & gula secukup rasa. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.

Cara Untuk Di Sajian: 


Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng. Selamat mencuba uolsss..!!

Sunday, May 7, 2017

Rahsia Resepi Laksa Johor Yang Marvelous

Rahsia Resepi Laksa Johor Yang Marvelous. Assalamualaikum puan puan dan kakak kakak di rumah tu. Kali ini kita nak belanja uolsss resepi laksa johor, mudah dan sedap.. Biasa kita makan laksa penang atau laksa utara je kan. 

Rahsia Resepi Laksa Johor Yang Marvelous

Laksa Johor pun apa kurangnya, boleh tahan sedap dan menyelarakan, makan waktu panas-panas memang sedap sangat sangat. Tanpa melengahkan masa jom kita mulakan resepi laksa johor ini.

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 500 gram spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada pembungkus
  • 1 biji timun, hiris memanjang seperti lidi
  • Daun kesum, dihiris halus
  • Taugeh, dicelur
  • 5 urat kacang panjang, hiri nipis
  • 2 biji telur, direbus
  • 3 tangkai lada merah dan sedikit belacan, dibuat sambal
  • Limau kasturi

Bahan-bahan untuk Kuah:

  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 5 biji bawang merah, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dihiris
  • 1 inchi halia, dihiris
  • 1 bungkus rempah kari ikan
  • 1 mangkuk pati santan daripada sebiji kelapa
  • 1 ½ mangkuk santan cair
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inchi lengkuas, dititik
  • 1 hiris ikan parang, dipelah dua, dipanggang ¾ masak dan dikisar
  • 5 keping asam keping
  • 200 gram udang, direbus
  • 1 sudu makan udang kering
  •  ½ biji kelapa parut, dibuat kerisik
  • Garam secukup rasa

Cara-cara untuk penyediaan:

  • Panaskan minyak untuk menumis di dlm periuk. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kari dan kacau hingga mesra. 
  • Masukkan pula pati santan, serai diikuti lengkuas. Biar sehingga kuah mendidih.
  • Masukkan isi ikan yg telah dikisar, kacau hingga mesra. 
  • Setelah mendidih masukkan santan cair dan asam keping. Biar lagi hingga mendidih dan masukkan udang, udang kering, kerisik & garam. 
  • Masak hingga kuah pekat di atas api perlahan baru diangkat.
  • Hidangkan spaghetti yg telah direbus bersama kuah & bahan2 lain.

      Ok dah siap pun resepi laksa johor yang pasti marvelous rasanya. Cuba tau jangan tak cuba.

      Resepi Ketuk Ketuk Ramadan Pisang Goreng Keju

      Resepi Ketuk Ketuk Ramadan Pisang Goreng Keju? suka makan pisang goreng keju tak.. mesti ramai yang suka kan.. kalau boleh lepas balik kerja tu mesti singgah beli. Yang duduk rumah pun akalau boleh setiap petang keluar juga nak beli.

      Resepi Ketuk Ketuk Ramadan Pisang Goreng Keju

      Tapi kali ini kita nak ajar berjimat sikit, maklum la keadaan ekonomi sekarang kan. So berjimat sikit dari rumah, kita buat sendiri, bahan-bahan pun tak mahal sangat dan mudah dapat. Cukup bahan dan cukup sukatan, buat ikut aturan dan paling penting dengan penuh kasih sayang... mesti sedap pisang goreng keju ini. Apa pun jom kita terus ke bahan-bahan utama.

      Bahan-bahan yang diperlukan :

      • 6 biji pisang ***sebaik-baiknya pisang Abu masak tapi tidak lembik
      • 3 sudu besar tepung beras
      • 3 sudu besar tepung gandum
      • 1/2 cawan air
      • 1/2 sudu kecil esen vanila
      • 2 sudu besar susuu krimer (susu manis)
      • keju cheddar parut
      • Minyak untuk goreng tenggelam
      • Secubit garam
      • Secubit gula

      Cara-cara Penyediaan :

      • Buang kulit pisang dan belah dua isi pisang. Ketepikan.
      • Satukan tepung beras,tepung gandum, gula, garam, air dan esen vanila. Bancuh hingga sebati.
      • Masukkan pisang dalam adunan.
      • Panaskan minyak di dalam kuali.
      • Masukkan pisang satu per satu ke dalam minyak. Goreng hingga keemasan dan nampak rangup.
      • Keluarkan dari minyak dan toskan atas tisu. 
      • Letak pisang atas pinggan hidangan, tuangkan susu manis di atas pisang goreng. Akhir sekali taburkan keju parut.

      Mudah saja kan? tak perlu bazirkan duit untuk beli, lepas ni anda boleh buat sendiri di rumah. Ingat masak tu dengan penuh kasih sayang, pasti lebih sedap. Selamat mencuba uolsss..!!

      Resepi Kuih Seri Muka Lembut Dan Sedap

      Tak tahu nak buat juadah apa untuk minum petang ini? apa kata cuba Resepi Kuih Seri Muka Lembut Dan Sedap ini pula. Selain rasanya yang lembut dan manis, ianya cukup lembut dan gebu. Kalau rasa malas nak keluar beli baik kita buat sendiri di rumah kan?

      Resepi Kuih Seri Muka Lembut Dan Sedap

      Kadang keluar cari pun tak jumpa kan.. so kami kongsikan resepi kuih seri muka ini supaya dapatlah anda buat sendiri di rumah, bahan - bahan pun tak susah nak dapat kan... suruh suami keluar beli sekejap je, tugas anda si isteri cuma ikut resepi kuih seri muka ini betul-betul. Baiklah kita terus ke bahan-bahan utama.

      Bahan-bahan yang diperlukan :


      Lapisan sebelah bawah:

      • 3 cawan beras pulut
      • 3 cawan santan cair
      • ½ sudu teh garam

      Lapisan sebelah atas:

      • 3 cawan santan peka
      • 4 helai daun pandan ***jadikan jus pandan
      • ½ sudu teh pewarna hijau
      • ½ cawan gula
      • ½ cawan tepung gandum
      • ½ cawan tepung jagung atau kastad
      • 1 biji telur
      • 1 sudu teh garam

      Cara-cara Penyediaan :


      Lapisan sebelah bawah:

      • Gaul rata semua bahan.
      • Masukkan pulut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak.
      • Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

      Lapisan sebelah atas:

      • Kisar semua bahan dan tapis.
      • Tuangkan perlahan lahan atas pulut tadi.
      • Kukuskan lebih kurang ½ jam.
      • Sejukkan dahulu baru potong.
      Ok dah siap pun resepi kuih seri muka lembut dan sedap ini. Mudah saja kan nak buat. Hari-hari makan pun tak muak sebenarnya. Anak-anak dan suami mesti suka dan anda pun mesti cuba.

      Rahsia Resepi Rendang Tok Yang Sedap

      Rahsia Resepi Rendang Tok Yang Sedap yang menjadi warisan temurun menurun keluarga di Perak. Rendang tok memang cukup terkenal di negeri Perak, dan inilah rendang yang menjadi identiti di negeri Perak ini.

      Rahsia Resepi Rendang Tok Yang Sedap

      Rendang tok bukan sahaja di minati di Perak, tapi juga seluruh Malaysia, ramai yang suka makan tapi tak tahu nak buat dan tak tahu resepi rendang tok ini kan? jadi tanpa melengahkan masa, rahsia resepi rendang tok yang sedap ini kini di bongkarkan.

      Jangan tunggu lama-lama, cepat-cepat ambil pen kertas catit rahsia resepi rendang tok ini ataupun save saja link blog ini untuk pelbagai resepi lagi, jom kita terus ke bahan bahan utama.

      Bahan-bahan yang diperlukan : 

      • 500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu
      • 1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air)
      • 55 gram (1/2 cawan kerisik)
      • 1 sudu besar jintan putih (halus serbuk)
      • 1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk)
      • garam & gula

      Bahan-bahan ini perlu dikisar halus :

      • 4 sudu besar pes cili
      • 2 biji bawang besar, dikupas
      • 6 ulas bawang merah, dikupas
      • 4 ulas bawang putih, dikupas
      • 3cm halia, dikupas
      • 4 batang serai, dihiris halus2
      • 2cm lengkuas, dikupas

      Cara-cara penyediannya :

      • Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dlm kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.
      • Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manis/kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.
      • Masukkan gula dan garam & terus masak sampai daging menjadi agak kering.
      Bagaimana? mudah kan nak buat resepi rendang tok ini kan? yang penting cukup bahan dan sukatan mesti jadi punya. Bolehkan di buat makanan tengahari ataupun untuk perayaan atau kenduri kendara nanti. Selamat mencuba.